Monday, 22 October 2012

Cinta itu hakikat

Sejak azali
sudah diasuh pengasuh
untuk mencintai ibu bapa
keluarga
Pencipta.

Semakin lanjut usia
fikiran mulai matang
cinta itu turut berkembang.

Mulalah mencintai yang lain
orang, barang, binatang
masing-masing berbeza.

Cinta itu memang hakikat
tak mungkin tak ada
cuma cara dan apa
yang tidak serupa.

Masalah timbul
apabila cinta itu tak kena tempat
mungkin pada orang yang salah
mungkin pada tempat yang salah
mungkin juga dengan cara yang salah.

Pening dengan hakikatnya cinta
sakit kerana kuatnya cinta
tapi kerana ajaibnya cinta
halangan bagaikan tiada
hebatnya cinta.

Moga cinta kita
kepada Pencipta
lebih hebat dari cinta
kepada manusia.

1 comment: