Sunday, 4 August 2013

Sibuk

Lama sudah aku menyepi.
Banyak yang berlaku kebelakangan ni sebenarnya.

Mula-mula emak masih tidak sihat, dah berada di hospital lebih dari seminggu. Kakak aku terpaksa pulang dari Johor ke Pulau Pinang untuk menjaga emak. Mulanya emak tak nak dimasukkan ke wad, susah katanya nak bergerak ke tandas dan sebagainya. Tapi bila kakak pulang dan janji akan menjaganya, dipaksa sedikit, barulah dia bersetuju.

Aku pula sudah bekerja. Sekadar bekerja sementara menunggu semester baru bermula. Dah masuk sebulan lebih aku bekerja, gaji pertama pun dah dapat. Alhamdulillah, adalah dalam 700+. Aku merancang untuk berhenti bila dah cukup dua bulan bekerja, surat berhenti kerja pun dah siap ditulis dan dihantar. Tapi, memandangkan emak telah masukkan ke wad, jadual kerja aku pula tak mengizinkan aku untuk selalu melawat emak, rasa macam nak berhenti sekarang pulak. Hhhmmm.

Kerja tak susah, tak berat. Kadang-kadang bosan, tapi kerja sentiasa ada. Kadang-kadang kami terpaksa cari kerja untuk dibuat sebab nanti dirakam CCTV kalau selalu melepak saja.CCTV pulak akan direview oleh store manager. Bila dah macam tu, aku rasa hipokrit pulak. Bila tahu perbuatan aku dirakam CCTV, aku buat kerja betul-betul. Habis selama ni Allah melihat aku dari atas, tak pernah pulak aku nak beribadah dengan sungguh-sungguh.

Bila dah lama tak tengok blog sendiri, blog orang apatah lagi. Nampaknya blog Putera Mahkota dah diprivatekan. Nak contact dia through Facebook pun tak dapat, nak minta dibenarkan untuk membaca blog dia. Macam mana nak buat. Lagi blog Hidup Mesti Diteruskan pun dah tak ada. Baru tak buka sekejap, dah dua blog tak dapat diakses. Manusia dan kehidupan, memang sentiasa berubah-ubahkan?

Apa-apa pun, dalam aku tulis panjang-panjang ni, harap-harap korang semua berpuasalah yer. Jangan tinggal puasa, kuatkan iman, tinggikan kesabaran, hehe. Dan selamat hari raya! :)

2 comments:

  1. Yes....hopefully your mother will get well soon insyaallah.....

    ReplyDelete