Thursday, 17 December 2015

Adik will always miss you.

After 7 weeks of being away from home, I am back.

7 minggu bukanlah satu tempoh masa yang lama. Bukannya juga aku tak pernah tidak pulang ke rumah selama ini. Tapi kali ini berbeza. Kalau dulu, aku akan beriya-iya nak pulang. Sebulan tak balik je dah mula rindu. Taklah sampai homesick, cuma perasaan tak sabar nak balik tu memang kuat.

Dulu, hari-hari mesti bercakap dengan emak. Telefon je pun, bukan lama mana pun. Kadang-kadang 5 minit dah cukup, sekadar bertanya buat apa je. Emak mesti tanya, "Adik nak balik bila?". Dan setiap kali aku pulang ke rumah, emak mesti sentiasa telefon untuk tahu dimana aku. Mestilah, nasihat jangan bawa kereta laju-laju, kalau mengantuk tidur dulu dan lain-lain mesti ada. Walaupun aku tak pernah anggap nasihat-nasihat tersebut sebagai annoying, tetapi aku juga tak pernah betul-betul menghargai nasihat tersebut.

Harini, tiada yang menelefon bertanyakan tentang perjalanan pulang. Sepi.

Bukannya aku dan ahli keluarga lain berlaga angin ke apa, cumanya kitorang tak serapat macam aku dengan emak.Macam aku cakap, kalau sebelum ni, sebulan tak balik pun dah rindu. Sekarang, 7 minggu bagaikan tiada beza. Malah, entah kenapa aku rasa nervous pula.

Since you're not here, everything feels so different. Home is never as sweet as before. I miss you so much.

1 comment:

  1. Chill bro..just do your best to make her proud of u

    ReplyDelete