Monday, 28 August 2017

Asyraf; Pertemuan Pertama

Aku sedikit kecewa dan keliru.

Beberapa hari yang lepas, aku nekad untuk berjumpa dengan Asyraf. Lantas, aku cipta sebuah alasan yang aku kira logik.

"Hai, Asyraf. Ahad ni aku ada urusan di sekitar Shah Alam. Mungkin kau free, boleh lepak sekali?"
"Hi, Zacky. Ahad pagi dan tengahari aku ada hal sikit. Mungkin lewat petang atau malam boleh?"

Akhirnya! Berjaya juga aku mencipta sebuah alasan semata-mata untuk berjumpa Asyraf. Alasan aku bukanlah sekadar alasan kosong. Aku ambil kesempatan ini untuk berjumpa rakan sekampus yang dahulunya sahabat karib aku. Lalu aku ceritakan pada dia tujuan sebenar aku.

Pertemuan aku dan Asyraf bertempat di sebuah kopitiam terkenal di Shah Alam. Asyraf datang membawa sebuah helmet lalu terus sahaja menyertai aku dimeja makan. Sengaja aku sampai terlebih awal kerana memang itu sikap aku. Biar aku yang tunggu, jangan orang lain yang menunggu aku. Asyraf juga tiba tepat pukul 8 malam seperti yang kami janjikan.

Perbualan kami berkisarkan kerja masing-masing. Dia merupakan seorang pegawai kredit di sebuah bank. Katanya, beberapa perubahan dalam struktur organisasi bank tersebut telah banyak memberi impak terhdap kerja-kerja mereka. Malah, tahap tekanan yang dihadapi juga semakin menggunung. Dari cara percakapannya, aku dapat merasakan bahawa dia seorang yang amat ramah. Sungguh aku selesa benar berbual dengan Asyraf. Apatah lagi dengan senyuman manis, ah, makin jatuh cinta aku.

Malangnya, sepanjang pertemuan kali ini, aku langsung tak dapat merasakan Asyraf merupakan salah seorang golongan LGBT seperti aku. Bak kata orang, langsung tiada gay vibe yang dia keluarkan. Paling aku risaukan, mungkin perasaan aku ini bagaikan bertepuk disebelah tangan.

Perasaan gembira yang aku patut rasa, sebaliknya sungguh aku sedikit sedih selepas pertemuan kami. Mungkin kerana aku mulai sedar bahawa dia bukanlah seperti aku. Mungkin dia tidaklah meminati aku. Mungkin juga aku bakal dikecewakan dengan harapan palsu yang aku sendiri ciptakan.

Tapi ini baru pertemuan kali pertama. Aku harap akan ada yang lain.

1 comment:

  1. i ponder why a lot of gay guys fall for straight guys. :-|

    ReplyDelete